Oktober 31, 2007

GARIS PANDUAN MAKANAN, MINUMAN DAN BARANG GUNAAN ORANG ISLAM



Rabu - 31 OKTOBER 2007

GARIS PANDUAN MAKANAN, MINUMAN DAN BARANG GUNAAN ORANG ISLAM

Harapan saya bukan apa sekedar ingin ingat mengingati diantara sesama bangsa dan ugama semoga garis panduan ini dapat mencegah atau kita lebih peka / waspada.


1. TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak berkuasa pengeluar sijil halal bagi menentukan kehalalan sesuatu produk. Panduan ini juga bertujuan memberi kefahaman dan penjelasan kepada pengusaha dan orang awam sama ada Islam atau bukan Islam mengenai aspek halal mengikut hukum syarak yang merangkumi penyediaan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pengendalian dan pengangkutan bagi makanan, minuman dan barang gunaan orang Islam.

2. SUMBER BAHAN MAKANAN DAN MINUMAN
Sumber utama makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan, tumbuh-tumbuhan, bahan semulajadi, bahan kimia dan mikro-organisma yang mana ada di antaranya yang dihalalkan dan ada yang diharamkan.

2.1 HaiwanHaiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:
a. Haiwan Darat.
b. Haiwan Air.
2.1.1 Haiwan Darat

Semua haiwan darat halal dimakan kecuali:

i. Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
ii. Babi.
iii. Anjing.
iv. Haiwan yang mempunyai taring atau gading yang digunakan untuk membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah, badak sumbu, kucing dan seumpamanya.
v. Burung yang mempunyai kuku pencakar, paruh tajam, makan menyambar (burung pemangsa) seperti burung helang, burung hantu dan seumpamanya.
vi. Haiwan-haiwan yang disyariatkan oleh Islam untuk dibunuh seperti tikus, kala jengking, burung gagak, lipan, ular dan seumpamanya.
vii. Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut, lebah, burung belatuk, burung hud-hud dan labah-labah.
viii. Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya.
ix. Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, penyu, anjing laut dan seumpamanya.
x. Semua jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA adalah halal kecuali yang berasal dari haiwan yang lahir dari salah satu keturunan dari babi atau anjing.
2.1.2 Haiwan Air

Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.
2.1.3 Tumbuh-tumbuhan

Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang berbisa, beracun, memabukkan, membahayakan kesihatan manusia serta yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA yang bersumberkan dari bahan yang haram.
2.1.4 Minuman

Semua air adalah halal diminum kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia dan bercampur dengan benda-benda najis.

2.1.5 Bahan semulajadi

Semua bahan semulajadi seperti air, mineral dan lain-lain adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.

2.1.6 Bahan Kimia

Semua bahan kimia adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.

2.1.7 Bahan Tambah

Bahan Tambah (Food Additives) seperti penstabil, pengemulsi, pewarna dan seumpamanya adalah halal kecuali yang dihasilkan dari sumber haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang diharamkan oleh hukum syarak.

3. BAHAN GUNAAN ORANG ISLAM

Bahan gunaan orang Islam boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu;
a) Kosmetik
b) Pakaian dan peralatan.

3.1 Kosmetik

3.1.1 Kosmetik adalah bahan-bahan atau ramuan yang terdiri daripada pelbagai unsur untuk dimasukkan ke dalam tubuh, disapu, digosok, dibalut, ditempel, dipakai dengan tujuan untuk kecantikan seperti pewarna rambut, bedak, gincu, pewarna kuku dan seumpamanya.

3.1.2 Bahan kosmetik yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan dan bahan kimia adalah boleh digunakan kecuali yang beracun dan membahayakan kesihatan. Bahan kosmetik yang diperbuat daripada sumber haiwan halal yang disembelih menurut kehendak syarak adalah boleh digunakan.

3.2 Pakaian dan Peralatan

3.2.1 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat dari tumbuh-tumbuhan boleh digunakan.

3.2.2 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada bulu haiwan boleh digunakan kecuali bulu babi dan anjing.

3.2.3 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada tulang, tanduk, kuku dan gigi haiwan yang dagingnya halal dimakan melalui sembelihan mengikut hukum syarak boleh digunakan.Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada kulit haiwan (kecuali kulit babi dan anjing) yang telah disamak boleh digunakan.

SUMBER DI ATAS ADALAH DARI : http://www.halaljakim.gov.my/

Sesekali elok juga kita baca kembali garis panduan asas bagi kehidupan seorang yang beragama Islam....kerana banyak yang sudah kita lupakan ...asal sedap...asal murah...asal bukan babi...
asal available.....padahal yang bukan babi itu itu belum tentu ianya halal....kalau tidak disembelih......jangan sewenang-wenangnya membeli makanan dalam tin.Berlambak di pasaran makanan daging lembu, daging kambing yang tidak halal...carilah yang ada cop jakim sekurang-kurangnya...berhati-hati ..jangan pakai beli.

Source / kredit : http// ubatkehidupan.blogspot.com

KEK LAPIS INDONESIA
















Rabu - 31 OKT 2007










Hari ni kita cerita sikit tentang kek lapis dari Indonesia yg saya dibeli tempohhari di Miri Sarawak disupermarket saja MURAH sangat Rm20 utk 1kg dimana member kat KL jual hingga Rm100 hai sikit punya untunglah lebih baik dari jual kambing punya bisnis ada bermacam perisa dan sangat lazat - pandan, mambo surabaya, mambo original, butter,kelapa cokelat dan serikaya dan banyak lagi bahanya digunakan rempah ratus cara pembuatan diturun olih orang Belanda di Indonesia dahulu dan kek lapis dari brand Morisca ini tahan selama 1 tahun dari tarikh ianya dibuat baik utk hantar majlis bertunang / kahwin. Sesekali kita ubahlah topik baru ada ump.........

Oktober 28, 2007

PELIK TAPI BENAR
























































Ahad - 28 Okt 2007

KERBAU BERANAK MANUSIA DI THAILAND ?


Inilah kekuasaan Allah Yang Maha Esa. Pelik tapi benar tak caya tengok gambar diatas. Bertapa kecilnya kita di dunia yang fana ini.

source / kredit kepada : hhtp://isuhangat.blogspot.com

PENIPUAN AKAUN PENGGUNA YAHOO - EMAIL






















Ahad - 28 Okt 2007


AMARAN


Saya ingin menasihati anda semua supaya berhati-hati dengan email yang diterima saudara. Semalam saya menerima satu email yang menyatakan mereka dari pihak Yahoo! yang ingin membuat pemeriksaan ke atas semua akaun email yang berdaftar dengan mereka. Mereka ini meminta semua pengguna akaun email yang dihubungi mereka supaya membalas email mereka dengan menyertakan password, users name, country of origin dan sebagainya bagi membolehkan akaun yang digunakan dilabelkan sebagai akaun aktif dan tidak akan ditutup. Oleh kerana saya tidak mempercayainya, saya telah menghubungi Yahoo! help center bagi kepastian. Pihak rasmi Yahoo! baru saja menghubungi saya melalui email yang menyatakan bahawa email yang menyamar sebagai pihak pentadbiran mereka itu merupakan satu pembohongan bagi mencuri data-data peribadi. Harap dapat sebarkan kepada semua supaya akaun email anda dan email-email peribadi anda tidak dicerobohi.

Pihak Yahoo! menyatakan bahawa ini merupakan satu skim penipuan untuk mencuri data dan maklumat peribadi orang ramai terutama pengguna akaun Yahoo! Sebagai menjalankan tanggungjawab saya, saya masukkan ini sebagai posting supaya anda diluar sana tidak tertipu dan mendapat masalah. Harap dapat sebarkan amaran ini kepada rakan, groups di bawah kendalian anda dan semua alamat email yang ada dalam inbox anda. Semoga tiada yang tertipu dan harap semua pengguna e-mail yahoo dapat berhati-hati sert tidak tertipu.....




Source / Kredit kepada : http://isuhangat.blogspot.com/



Oktober 24, 2007

SARANAN










Ini beberapa gambar anak Malaysia "Testing " samada sesuatu telaga minyak akan mengeluarkan minyak dgn banyak atau tidak.
Oktober, 24


Ucapan ribuan terima kasih kpd Abg Halim dari Ulu Yam dan Nasir dari Rantau farm serta rakanx ternak sekelian kerana sudi memberi cadangan. Bukan tak berhajat nak buka chatt box tetapi buat masa ini masih terikat dgn tugas di Offshore jadi masa terluang amat suntuk. Pada pertengahan Ramadan dulu saya telah dapat membeli 3 ekor Jamnapari dari rakan penternak di Rembau bolih tahan juga harganya dan berpatutan, saya sarankan kalau nak cari baka kambing tu survey ke banyak tempat tengok produk kemudian buat penilaian sendiri kerana yg akan memikul beban samada produk yg dibeli baik atau tidak kita sendiri.

Seperkara lagi tentang kandang tak perlu keluar ribuan ringgit kerana yg nak tinggal bukan kita tapi kambing dan saya sarankan buat kandang 10 kaki lebar x 20 kaki panjang, guna pakai kayu terpakai dan sekeliling kandang naikan batu blok keliling kandang dan buatlah para 3 kaki dari paras tanah dan jangan sekali-kali dikonkrit kerana tahi /kencing kambing tak meresap dan akan naik baunya. Untuk pengetahuan semua saya bergotong royong dgn anakx dan belanja keseluruhan tak sampai Rm1 ribu dan selebihnya beli kambing masuk dalam kandang. Jadi teori mudahnya tepuk dada tanya.........kalau nak kandang sampai Rm10 ribu buat apa kalau tiada kambing dalam kandang dan perkara ini telah terjadi pada rakan saya di Rembau kandang cantik tapi kambing tak ada.

Pada Abg Halim terima kasih sekali lagi kerana sudi memberi komen dan disini saya sertakan beberapa keping gambar bagaimana orang Malaysia exploration mencari minyak di negara kita ini.

September 11, 2007

AHLI PARLIMEN BELANDA HINA AL QURAN



Apa nak jadi ni..... sila peramati article diatas apabila orang asing amat berani mengutuk dan mempersenda kitab dan ugama kita. Saya merasa amat sayu dan pilu apabila perkara begini berlaku tetapi hakikatnya kita gagal berbuat sesuatu untuk membetulkan pemikiran mereka ini dan diharap perkara sebegini dapat memberi pengajaran/keinsafan kepada generasi muda kita.

September 06, 2007

KALAHARI RED - RENUNGAN

KALAHARI RED - Renungan - sejenis kambing berasal dari Afrika Selatan. mengikut sejarah kambing Kalahari ini telah dipilih dari kambing yg mempunyai teliga lanjut yg telah datangkan ke Selatan Afrika 2000 tahun lalu dari penternak dari Northern Cape Province Afrika Selatan dan Selatan Namibia terutama dari kawasan Gurun Kalahari. Kambing jenis ini amat cepat menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca setempat, mempunyai reputasi sifat keibuan yg sangat baik serta lebih baik dari jenis boer. Kalahari Red juga rintang dari pelbagai penyakit menyebabkan ianya lebih berdaya saing dan menjimatkan belanja pengurusan dan jana kepada keuntangan pada penternak. Kambing ini juga mempunyai warna yg sekata(jati merah) dengan itu menjadikan kambing ini tidak menghadapi masaalah kepada keadaan cuaca panas, kehangatan dan bahang matahari dinegara kita. Saya syorkan kepada rakan-rakan pengimpot kambing di Malaysia mula pula mengimpot jenis Kalahari Red yg bolih diperolih dari benua Australia untuk dijadikan baka di Malaysia. Apa komen anda ?

sumber: Lekker Bokkie/Stonehavenstud